Persediaan bakal ayah untuk menyambut cahaya mata

Assalamualaikum W.B.T.

Sebelum start cerita panjang lebar, earlier today, my son just called me daddy!!! Yes, he is going to be 2 in May. So, cerita dia, I was baring2 atas katil after mandikan my son and daughter. Dia keluar pegi hall for a while, masuk bilik balik, tepuk dada saya and straight away called me “DADDY”!!! Yes, both me and my wife kinda shock and looked at each other.Air mata jantan pun terjatuh sikit la, happy and bangga punya pasal. So, that was the highlight of the day.

Anyway, so let me start on my story. Macam mana hidup saya berubah totally 360 darjah. Buat yang memang mengenali saya, saya yakin mereka tahu yang saya ni bagaimana. To be honest, saya ni bukanlah jenis yang suka gila dengan budak kecik. I was the type yang memang jenis keluar lepak kt mamak dengan kawan-kawan dan macam lelaki dewasa lain lah. Lepak kt mamak, jalan-jalan, yang macam tu. So, all of it changed lepas dapat anak first. To be honest, rasanya memang dah lama gilaaa tak keluar lepak malam kt mamak with friends.

Memandangkan dah jadi daddy kepada dua orang cahaya mata, so I will talk about preparation for our first son. Setiap anak, lain-lain preparation dia. Tapi yang paling beria prepare time anak first ni la. Maklumlah, still takde pengalaman and tak tahu nak expect ape kan?

Sebelum saya dapat tahu yang isteri saya mengandung, macam-macam ujian yang kami tempuh. seminggu sebelum saya tahu isteri saya mengandung, kami terlibat dalam kemalangan. Tetapi Alhamdulillah, setiap kejadian ada hikmahnya. Kereta kami agak teruk, tetapi tiada kecederaan dan Alhamdulillah, anak dalam kandungan juga selamat dan pada ketika itu kami tak tahu lagi yang isteri saya mengandung. Bila dah tahu yang isteri saya mengandung, mula lah segala macam perasaan ada ketika itu. Pertama sekali, memang sangat bersyukur sbb Allah kurniakan cahaya mata kepada kami dan juga diberi keselamatan ketika accident beberapa minggu sebelum itu. Yang lain, mmg segala macam perasaan ada, happy, excited, nervous, semua ada lah.

 Persediaan

  1. Membaca & Belajar 
  2. Saya ni bukanlah ulat buku sangat. Tapi, bila ada je benda baru happen, benda pertama yang saya akan buat adalah MEMBACA. Yes. Membaca. Tak kiralah, article dari internet, blog ataupun buku. So kat bawah ni buku yang saya baca dan beli right after saya tahu isteri saya pregnant. Kita sama-sama belajar dengan isteri. Walaupun bukan kita yang mengandung, tapi kita kena tahu dan faham, barulah senang kan?
    Bought this at Dakwah Bookstore Ampang Park

    Bought this at Borders
  3. Hospital nak bersalin
  4. Isteri saya memang dah biasa dengan gynae dekat DEMC. So, kitorang just continue checkup dan bersalin terus dengan dia. So, if you guys memang tak pernah ada gynae, better start doing research for gynae dan hospital mana yang korang nk pilih dan boleh bantu korang planning on the budget.  

  5. Sokongan moral untuk Isteri. 
  6. Mengandung ni bukan benda mudah. 9 bulan isteri kita tu bawa perut kesana-sini. Alahan pulak, tak tentu, ada yg 1st trimester je, ada yg awal-awal OK, then 3rd trimester baru kene anda ada yang berterusan. So, as a husband, korang kenalah bagi moral support kat isteri tu. Janganlah marah kalau isteri asyik nak tido atau selalu pening time mengadung. Yang dikandung tu kan anak kita jugak. So, sama-samalah bantu-membantu.

  7. Merancang Kewangan
  8. Betul, setiap anak tu nanti, adalah Allah berikan rezeki. Tapi kita kene merancang perbelanjaan betul-betul. Cost of having a baby is not cheap. As a father, pastilah kita nak berikan yang terbaik untuk anak dan isteri kita kan? Sebab itu saya cakap, merancang kewangan itu penting. Macam point kat atas tu tadi, kita kena rancang kewangan untuk hospital nak bersalin nanti, monthly checkup, medical card dan sebagainya. Dapatkan package bersalin dari hospital untuk membantu kita bersedia dari segi kewangan bila nak bersalin nanti. Kalau yang company cover tu, Alhamdulillah, syukur. Rezeki anak. Macam saya, semua sendirian berhad, so, kenelah plan awal-awal.

  9. Medical Card
  10. Yang ni boleh dikatakan optional. Tunggu lahir pon boleh. Tapi macam saya, saya terus beli insurance yang dari dalam perut dah cover. Sebab tu, point nombor empat tu penting. Kene merancang betul-betul.

  11. Barang-barang Bayi
  12. Yang ni, memang excited habis lah kan. Setiap kali baby expo, confirm borong tak ingat dunia. Again, nak borong boleh, tapi pastikan within budget. Kalau budget burst, susah kat kita nanti. So, few tips on this point, jangan beli baju newborn banyak sangat sebab pakai memang tak lama. Macam anak saya, cepat sangat membesarnya, baju newborn tu boleh pakai dalam 2 bulan je. So, jangan beli banyak sangat. Campur-campur la baju NB dgn 3-6 months.
    Antara barangan keperluan bayi yang saya beli semasa persediaan adalah:

    - Baju harian bayi. Lengan panjang untuk malam dan banyak beli yang lubang-lubang tu untuk siang sbb panas.

    - Sarung tangan & Sarung Kaki

    - Besen Mandi

    - Kain Bedung

    - Barut

    - Topi

    - Set Mandian bayi – Natural & organik

    - Thermometer – Ini memang penting. Tak percaya tunggulah, nanti bila badan panas korang panic tapi tak taw temperature berapa.

    - Botol susu – walaupun anak-anak saya fully bf, tp beli botol sbb kitorang nak ajar diorang minum dari botol, so nanti bila mak dia nak start kerja or nak keluar senang. Sbb kalau tak ajar, nnti dh besar susah nak biasakan diorang.

    - Wipes

    - Diapers – yang ni pon, newborn takyah beli banyak-banyak sbb akan cepat naik ke saiz S. Bergantung pada hospital, normally nanti hospital pon akan bagi yang sample-sample tu.

    - Pencuci botol dan sabun pencuci botol

    - Sabun pencuci baju baby

    Ni je yang teringat buat masa ni, if anda rasa ada yang tak cukup, tambah lah ye.
    Baby Expo


  13. Barangan keperluan berpantang.
  14. Yang ni my wife yang pilih set ape yang dia nak. Saya tak involve sangat. Tapi yang saya taw, stoking, set mandi herba (ni pun sebab saya yang sediakan hari-hari air mandian dia semasa berpantang)

  15. Antenatal class
  16. If anda tertanya-tanya, perlu ke pergi antenatal class ni? My answer would be YES!! Banyak yang kita belajar kat sana. Antaranya warna najis bayi. Ini penting ye untuk kita taw bayi kita sihat ke tidak. Lepas tu pengalaman dekat dalam labor room, breathing technique and one more thing adalah breasfeeding. Sbb byk myth-myth breasfeeding ni yang kita akan taw kat kelas tu antara yang paling famous adalah tak cukup susu. As a husband, kita kena sentiasa bagi sokongan kat isteri kita sebab isteri kita mudah down pasal susu ni. Lagipun, as a Muslim, susu ibu kan ada ditulis di dalam Al-Quran.

  17. Hadiah
  18. Aik, kenapa hadiah pulak? Mesti ada yang pelik kan. Ini pun optional jugak. Macam saya dan isteri, saya cakap kat isteri nak bagi hadiah kat doctor dan nurse. Yelah, diorang dah bantu isteri kita bertarung nyawa untuk melahirkan anak kita, tak salah kan tunjukkan sedikit penghargaan. Memanglah betul dah bayar bil, tapi why not? Kan? Tu anak dan bini kita yang diorang selamatkan ☺

  19. SABAR
  20. Yes. Sabar ni sebenarnya nombor 1. Paling utama sekali. Bila isteri kita mengadung, emosi dia lain macam sikit. Pasang surut. Kita as a husband kena faham, bertolak ansur dan memang kena kuat sabar. Dugaan memang kuat!

  21. Doa
  22. Sebagai suami dan bakal ayah, setiap hari saya berdoa semoga isteri dan anak di dalam kandungan diberi kesihatan, dipermudahkan bersalin.

  23. Always be prepare
  24. Yep. Kita kene sentiasa prepare. Dah nak dekat-dekat tu, mmg sentiasa prepare. Anak pertama kan, kita mana taw macam mana rasanya. Isteri kita pun tak tahu. So, bila dah nak dekat-dekat tu, pack bag siap-siap masuk dalam kereta. Ok, nanti saya share barang-barang yang saya dan wife prepare untuk hospital.
Ini je yang saya ingat buat masa ni. So, if saya ada terlepas something, silalah tambah. Bukan niat saya nak mengajar, tetapi hanya berkongsi. Jika bermanfaat, share la kat semua ok? Jika ada terkurang, terkasar ke apa, saya mohon maaf. Saya hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan. Till then,

Assalamualaikum
Latest
Previous
Next Post »